Blog Hiburan Online Gosip Artis Panas Malaysia & Luar

Life insurance is nothing but the protection against financial loss resulting from death. The chief objective of life insurance is to provide a means of financial security to the family of a person, after his death. There are three parties in a life insurance transaction, namely the insurer, the insured and the owner of the policy or the policyholder.It is easy to obtain life insurance quotes, with the help of the technology of online search engines.

 
FREE HOT LINKS!!!
Community
Community
Community
Traffic Visitors
Google
 
Duyung menyiksakan Maya Karin
Saturday, January 26, 2008
Meskipun penggambarannya sudah lama berlalu, tetapi pelakon utama filem Duyung, Maya Karin Roelcke masih terbayang penyiksaan menjadi seekor ikan berwajah manusia.

Menyarungkan kostum getah yang begitu sendat, berjemur di tengah panas terik, luka dek terguris batu karang dan hampir-hampir lemas di Laut Sipadan adalah pengalaman yang tidak dapat dikikis ketika menjalani penggambaran filem menarik itu.

"Itupun nasib baik hanya 12 hari, kalau ditambah sehari lagi, tentu saya tak boleh tahan lagi. Kalau nak ikutkan, memang rasa nak jerit saja. Memang rimas dan tak selesa. Sebab itu saya pesan kepada pihak produksi supaya beri saya ruang sedikit, jangan diganggu kalau babak saya selesai.

"Jadi sebaiknya saja penggambaran satu-satu babak habis, saya lebih suka duduk bersendirian dengan baca buku. Dengan watak dan kostum seperti ini saya tak boleh terlalu aktif dan mudah rimas. Ini mungkin akan menganggu konsentrasi penggambaran dan lakonan saya," jelas Maya.

Maya ditemui ketika majlis pelancaran album runut bunyi, novel dan laman web filem berkenaan, di pusat beli-belah The Garden, Midvalley, di sini semalam.

Dia berkata, waktu penggambaran yang terlalu panjang iaitu dari awal pagi hingga malam tanpa dibenarkan membuka kostum ikan duyung berkenaan selama berjam-jam lamanya juga menambah siksa di lokasi. Sebelum ini Maya pernah bercerita bahawa dia hampir-hampir lemas di dalam laut apabila tersangkut pada pukat ikan tetapi mujurlah segera diselamatkan oleh Saifuk Apek.

Bercerita mengenai peranannya sebagai ikan duyung, Maya berkata ia memerlukan dia bermain dengan perasaan.

"Watak saya bermain dengan beberapa lapisan perasaan. Ada sedih, gembira dan geram. Saya senang dan tidak berdepan dengan masalah untuk melakonkan semua watak yang berlapis seperti ini," katanya yang juga finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07).

Bakal menemui penonton Mac nanti, filem terbitan KRU Films Sdn Bhd dan Grand Brilliance Sdn Bhd, diklasifikasikan dalam genre drama komedi yang dikhususkan buat remaja dan kanak-kanak. Ia turut dilakonkan oleh Saiful Apek, Awie, Yassin dan Yasmin Hani.

Soalan cepu emas - tidakkah kostum ikan duyung yang dipakai Maya kelihatan terlalu seksi atau terdedah untuk tontonan si kecil?

"Memang saya sedar perkara itu. Tapi ia terserah kepada tujuan dan penerimaan. Kalau sudah ikan duyung berupa demikian, penonton kenalah berfikiran terbuka. Sebenarnya saya tak rasa kostum saya pakai ini terlalu seksi, malah inilah ikan duyung paling sopan yang saya pernah lihat," katanya tertawa.

Album soundtrack Duyung, memuatkan 10 buah lagu yang terdiri daripada lagu-lagu popular terbitan KRU Music, seperti Aspalela, Hampir Ke Situ dan Yahoo. Tujuh daripadanya adalah ciptaan terbaru.

Dijual pada harga RM29.90 bagi CD dan RM16.50 (kaset), runut bunyi Duyung menampilkan penyanyi popular antaranya Dafi bersama lagu Bila Terasa Rindu, Aznil (Teramat Sangat), Flava (Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk?), Pianka (Datanglah Kekasih), Ezlynn (Jikalau Aku), Indigo (Gadis Misteri) dan X-Factor (Masih Mencari).

Manakala, novel Duyung sudah boleh didapati di pasaran dengan harga RM14.90 senaskah. Informasi mengenai Duyung dan produk-produknya boleh didapati dengan melayari www.duyung.net.

posted by Unknown-Girl @ 6:08 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Community
About Me

Name: Unknown-Girl
Home:
About Me:
See my complete profile
Earn $$ with WidgetBucks!
Community
Previous Post
Archives
Links
  • Video Racing
  • Best Celebrities
  • ASIAN News
  • College Life
  • Best Funny
Community
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER