Blog Hiburan Online Gosip Artis Panas Malaysia & Luar

Life insurance is nothing but the protection against financial loss resulting from death. The chief objective of life insurance is to provide a means of financial security to the family of a person, after his death. There are three parties in a life insurance transaction, namely the insurer, the insured and the owner of the policy or the policyholder.It is easy to obtain life insurance quotes, with the help of the technology of online search engines.

 
FREE HOT LINKS!!!
Community
Community
Community
Traffic Visitors
Google
 
Kakak & Adik Siti Nurhaliza Cuba Nasib AF6???
Saturday, January 19, 2008

KUALA LUMPUR, 13 JAN 2008: Dalam ribuan peserta yang datang ke uji bakat Akademi Fantasia musim keenam (AF6) di Pusat Penyiaran Astro di Bukit Jalil, semalam, kakak dan adik kepada Datuk Siti Nurhaliza pun turut kelihatan.

Mereka adalah Siti Nursaidah Taruddin, 32, atau lebih mesra dengan panggilan Ida (gambar atas, kiri) dan adiknya, Siti Nursaerah, 25 (kanan).

Ida yang juga ibu kepada 4 orang anak akui ingin membuat kejutan kepada Siti Nurhaliza sendiri kerana sebelum ini beliau tidak pernah mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan nyanyian. Penyertaannya memang mendapat restu daripada suami yang tidak pernah menghalang minatnya dalam bidang nyanyian.

Berbeza dengan Saerah kerana dia tidak pernah berputus asa mencuba nasib dalam beberapa program realiti TV sebelum ini.

“Sebenarnya saya hanya menemankan Saerah. Alang-alang syarat umur sudah dinaikkan, apa salah saya cuba tonjolkan bakat terpendam dalam diri saya. Lagi pun suami saya tak kisah. Ini sebenarnya satu kejutan untuk Siti (Nurhaliza),” kata Ida yang membawakan lagu Pastikan nyanyian siapa lagi kalau bukan adiknya sendiri.

Sementara itu, Saerah yang lebih dikenali berbanding Ida terlebih dulu mendapat restu daripada Siti. Malah, dia meminta pendapat dari Siti mengenai lagu dan selok belok pertandingan. Saerah yang sudah bertunang, mulanya tidak begitu yakin untuk menyertai AF kali ini. Ini semua kerana syarat AF yang mewajibkan pelajar tinggal berjauhan dari keluarga.

“Saya mencuba hanya untuk mencari pengalaman dan menambah pengetahuan. Dari AF musim pertama lagi ada kawan ajak saya cuba, tapi saya tak bersedia. Kali ini, saya fikir apa salah mencuba dan tidak mahu menunggu lagi.

“Kak Siti tahu saya datang uji bakat dan dia tidak pernah melarang saya. Dia selalu ingatkan saya supaya buat yang terbaik,” kata Saerah yang nyata bernasib baik kerana berjaya melepasi ujian peringkat kedua AF6 bersama Ida.

posted by Unknown-Girl @ 7:29 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Community
About Me

Name: Unknown-Girl
Home:
About Me:
See my complete profile
Earn $$ with WidgetBucks!
Community
Previous Post
Archives
Links
  • Video Racing
  • Best Celebrities
  • ASIAN News
  • College Life
  • Best Funny
Community
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER