Blog Hiburan Online Gosip Artis Panas Malaysia & Luar

Life insurance is nothing but the protection against financial loss resulting from death. The chief objective of life insurance is to provide a means of financial security to the family of a person, after his death. There are three parties in a life insurance transaction, namely the insurer, the insured and the owner of the policy or the policyholder.It is easy to obtain life insurance quotes, with the help of the technology of online search engines.

 
FREE HOT LINKS!!!
Community
Community
Community
Traffic Visitors
Google
 
Loloq Meninggal Dunia....Pergi Buat Selama-lamanya..
Wednesday, January 30, 2008
KUALA LUMPUR, 30 JAN 2008: Selepas 4 hari berada dalam koma, penulis lirik dan pujangga tanah air terkemuka, Loloq atau Rosli Khamis, 50, menghembuskan nafas terakhirnya, kira-kira jam 1.40 petang tadi.

Loloq yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara, di sini, sejak awal pagi Ahad lalu, meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak. Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan kecemasan untuk membuang darah beku di dalam kepalanya.

Berita menyedihkan ini disahkan kepada oleh beberapa rakan artis yang rapat dengan arwah iaitu Ramli MS, Aidit Alfian dan Hattan, sebentar tadi.

"Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri beliau (Hariah Yaacob) berada di sisi Allahyarham," kata Hattan.

Ramli MS pula berkata , ketika ini jenazah Allahyarham sedang dibawa ke Masjid Sungai Buloh, Selangor untuk disempurna dan disemadikan. Ramai rakan artis terus berkejar ke hospital berkenaan sebaik saja mendengar berita mengejutkan itu dan kini sedang bersama-sama mengiringi jenazah Allahyarham ke Sungai Buloh.

Kematian Allahyarham Loloq, ayah kepada tiga anak - Krsty Nur, 11; Jaevn Nur, 8, dan Yasha Nur, 6, - boleh dianggap satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air kerana ilham beliau mencetuskan banyak keindahan terhadap lagu-lagu nyanyian artis tempatan terkenal.

Ketika hayatnya, beliau sudah mencipta begitu banyak lirik yang popular terutama pada era 1980-an dan 1990-an sehingga terkini. Antara karyanya yang hebat adalah Mantera Semerah Padi dan Andalusia nyanyian M Nasir, Awan Yang Terpilu (Ning Baizura), Aduh! Saliha (Mawi), Persis Mutiara (Mila) dan Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy).

Antara hasil nukilan terbaru penulis lirik yang berasal dari Singapura ini adalah bersama komposer Azmeer untuk album solo terkini Misha Omar berjudul Adam dan Hawa. Antara kejayaan terbaik beliau (yang turut menggunakan nama pena sebagai Nurbisa) adalah menerusi Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik, Anugerah MACP dan Anugerah Planet Muzik (APM).

Selain itu, Loloq juga seorang pelakon dan pernah membintangi filem Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid dan terbaru, Apa Kata Hati arahan Saw Teong Hin. Selain itu, beliau menulis skrip Aduh! Saliha arahan M Nasir lakonan Mawi tetapi nyata tidak sempat melihat karya itu siap sepenuhnya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, Amin...
posted by Unknown-Girl @ 6:02 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Community
About Me

Name: Unknown-Girl
Home:
About Me:
See my complete profile
Earn $$ with WidgetBucks!
Community
Previous Post
Archives
Links
  • Video Racing
  • Best Celebrities
  • ASIAN News
  • College Life
  • Best Funny
Community
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER