Blog Hiburan Online Gosip Artis Panas Malaysia & Luar

Life insurance is nothing but the protection against financial loss resulting from death. The chief objective of life insurance is to provide a means of financial security to the family of a person, after his death. There are three parties in a life insurance transaction, namely the insurer, the insured and the owner of the policy or the policyholder.It is easy to obtain life insurance quotes, with the help of the technology of online search engines.

 
FREE HOT LINKS!!!
Community
Community
Community
Traffic Visitors
Google
 
Maafkan Saya…Faizal Tahir!!!!
Saturday, January 19, 2008
KUALA LUMPUR, 15 JAN 2008: “Saya kesal dengan apa yang berlaku sekarang ini kerana telah menyusahkan banyak pihak terutama 8TV. Malah, saya juga rasa amat malu dan kecewa kerana telah menyinggung perasaan masyarakat Malaysia dengan perlakuan saya pada malam konsert itu.
“Percayalah saya langsung tidak berniat untuk mencetuskan sebarang kontroversi yang sebegitu. Apatah lagi mengeruhkan suasana serta menyusahkan sesiapa dengan masalah yang seperti ini.
“Apa yang berlaku pada malam itu sama sekali hanyalah sekadar untuk berseronok dan memberikan sesuatu kelainan yang istimewa buat penonton saya juga. Tapi, saya tidak sedar ia akhirnya mendatangkan bahana.
“Barangkali saya terlalu excited untuk beraksi di hadapan peminat pada malam itu hingga tidak sedar ia telah menarik perhatian ramai pihak dan menyinggung perasaan mereka.

“Sekarang ini, fahamlah saya bahawa perlakuan saya pada malam itu keterlaluan dan langsung tidak boleh diterima. Maafkan saya. Maafkanlah saya. Saya memang sangat kesal dengan apa yang berlaku. Tak terlintas pun di hati ini untuk menyusahkan semua,” kata Faizal Tahir dengan penuh sebak dan emosi.

Bintang yang dilahirkan menerusi program hiburan nyanyian One In A Million musim pertama ini turut mengesat air mata yang mengalir secara perlahan-lahan di pipinya.

Nyata dia memang tidak inginkan semua ini terjadi. Namun, apakan daya, apa yang berlaku telah berlaku dan seluruh masyarakat Malaysia telah menyaksikan perlakuan Faizal sewaktu menjayakan persembahan itu Konsert Sambutan Ulang Tahun 8TV di Central Park Avenue pada 13 Januari lalu..

Dalam kejadian tersebut, Faizal telah beraksi sambil membuka baju hingga menampakkan keseluruhan tubuh badannya dengan tanda huruf S berwarna merah di badannya. Malah dia telah membuka sama tali pinggangnya yang turut memiliki buckle bertanda huruf S.

Sungguhpun begitu, Faizal menafikan bahawa perlakuannya pada malam persembahan itu turut dibayangi serta
dipengaruhi unsur-unsur yang negatif seperti dadah serta alkohol.

“Percayalah saya tidak terbabit langsung dengan benda-benda seperti itu. Saya juga bersih daripada dipengaruhi kedua-dua benda itu. Cuma apa yang saya lakukan itu hanyalah untuk berseronok saja.

“Namun saya tersilap perkiraan dan langsung tidak memikirkan kesannya. Ia memang 100 peratus adalah salah saya. Atas sebab itu, saya mahu mengambil tanggung jawab yang sepenuhnya terhadap segala kesilapan yang saya lalukan ini.

“Saya juga sedar tak begitu senang untuk saya meneruskan perjalanan kerjaya seni saya selepas ini. Namun, ianya memberikan satu pengajaran yang sangat berguna buat saya dan saya berjanji akan memastikan bahawa perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Penjenamaan stesen TV terbabit, Irene Zainul, pula berkata, pihaknya telah menerima pelbagai maklum balas berhubung aksi lepas laku Faizal yang berlaku pada malam kejadian itu.
“Kita memang sangat kesal dengan apa yang sudah berlaku itu, Namun, kita juga tidak akan memandang ringan akan perkara-perkara sebegini. Sebagai menghukum aksi salah laku Faizal itu, kita bukan saja sudah memberikan amaran keras melalui surat kepadanya tetapi juga meminta Faizal membuat permohonaan maaf secara terbuka kepada semua pihak.

“Bukan itu sahaja, Faizal juga dikehendaki untuk terbabit di dalam semua kerja-kerja amal selama enam bulan. Ini termasuklah mengadakan lawatan di rumah-rumah kebajikan seperti anak yatim dan orang tua-tua. Macam yang kita lihat di dalam program Bersamamu.

“Kita juga harap dengan pengakuan daripada Faizal ini, isu ini tidak akan lagi berpanjangan dan kita juga akan pastikan ianya tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya.
Tanda huruf S itu membawa maksud Superman iaitu karektor superhero yang menjadi kegemaran Faizal. Menyedari sikap obsesinya terhadap karektor superhero itu, Faizal turut dilantik menjadi duta untuk semua produk jenama pakaian Superman.

posted by Unknown-Girl @ 7:32 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Community
About Me

Name: Unknown-Girl
Home:
About Me:
See my complete profile
Earn $$ with WidgetBucks!
Community
Previous Post
Archives
Links
  • Video Racing
  • Best Celebrities
  • ASIAN News
  • College Life
  • Best Funny
Community
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER