Panazz... panazz... baru saja virus Akademi Fantasia 6 (AF6) nak menyerang macam dalam filem I Am Legend, sudah timbul pula cerita panazz membabitkan pengetua AF6 sendiri, Ramli MS dan calon pengkritik tetap tahun ini, Fauziah Datuk Ahmad Daud a.k.a. Ogy. Ogy dan Ramli MS sekarang mula 'main tegur menegur' dalam nada yang agak lain macam bunyinya sejak masing-masing dipertemukan dengan lebih rapat di gelanggang AF musim ini. "Kalau nak tahu kita orang dah nampak kemesraan dan bahasa tubuh Ogy dan Ramli agak lain macam sikit apabila mereka bercakap dan berbincang. Memang kedua-duanya serius apabila bekerja dan memilih calon yang akan masuk ke AF tapi kedua-dua mereka sebenarnya saling meminati dan mengkagumi. "Dari Kuala Lumpur, mereka kemudiannya bersama-sama memantau uji bakat di Kuching, Sarawak minggu lepas dan kemesraan itu semakin ketara. Kami rasa mereka macam ada apa-apa jer, tapi rasanya baru peringkat nak berputik tu," kata sumber terbabit. Memang sesuai sangatlah Ramli dengan Ogy berkawan kerana masing-masing bersikap matang dan mencintai dunia seni. Macam pula kasih antara pasangan 40-an dengan 40-an, kebetulan usia peserta ujibakat AF6 pun dah dilanjutkan kepada 45 tahun. Cayalah! Dalam pada itu,terkejut kerana secara diam-diam Ogy sudah menjadi seorang ibu instant! Kalau hendak tahu, Akak Ogy kita tu baru saja mendapat seorang anak angkat. Bayi perempuan yang sungguh comel itu namanya Siti Aminah Aishah dan baru berusia kira-kira 2 bulan. Patutlah wajah Kak Ogy makin berseri-seri dan kebetulan sudah ada teman baru yang nampak secocok dengannya. Oooo tidak, tidak, ..... mak tak kuasa nyaaahh! |
Alhamdulillah...ok je klu diorg couple pn.sm2 still single & matured...semoga berbahagia...