Salah satu azam Britney tahun ini adalah cuba berbaik-baik dengan paparazzi.Britney yang menjadi perhatian setiap paparazzi sepanjang tahun 2007 kerana sikapnya yang liar dan tidak terkawal itu, membuat keputusan untuk ‘berkawan’ dengan seorang paparazzi bernama Adnan Ghalib kelahiran Maghribi. Apakah motif sebenar Britney? Britney yang baru kembali dari bercuti di Mexico dengan si teman barunya itu, didapati memakai baju kahwin yang pernah dipakainya pada tahun 2004 ketika pernikahannya bersama bekas suaminya, Kevin Federline (K.Fed). Adakah itu bermakna, Britney secara sahnya sudah menjadi isteri kepada Adnan. Kalau tidak manakan boleh dia berpakaian sedemikian di hadapan khalayak? Rupa-rupanya Britney hanyalah mengunjungi kedai menyewa kereta, sebab keretanya ditunda. Bukan itu sahaja, malah kecoh di setiap laman web, blog dan media antarabangsa yang mengatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam, selain berusaha untuk mendapatkan seorang lagi anak. Lebih awal daripada itu, sehari sebelum penyanyi yang popular dengan lagu Gimme More itu dikejar ke hospital pada 4 Januari lalu, beliau telah meninggalkan satu nota yang telah dijumpai oleh pengawal peribadinya. Antara kandungan nota tersebut adalah seperti pelbagai alasan mengapa dia sudah tidak layak untuk hidup. Termasuklah juga beberapa puisi berkaitan kematian. Britney turut mengatakan bahawa, kehidupannya sudah tidak bermakna lagi. Selain itu juga, Britney turut mangadu bahawa hidupnya kini dibelenggu kesunyian dan penuh dengan ketidakadilan. Tulisnya dalam nota berkenaan, satu-satunya jalan penyelesaian terbaik untuk dirinya adalah dengan meninggalkan dunia ini. |