Blog Hiburan Online Gosip Artis Panas Malaysia & Luar

Life insurance is nothing but the protection against financial loss resulting from death. The chief objective of life insurance is to provide a means of financial security to the family of a person, after his death. There are three parties in a life insurance transaction, namely the insurer, the insured and the owner of the policy or the policyholder.It is easy to obtain life insurance quotes, with the help of the technology of online search engines.

 
FREE HOT LINKS!!!
Community
Community
Community
Traffic Visitors
Google
 
Anak - Filem Terbaru Erra Fazira
Tuesday, January 22, 2008
Apakah perasaan anda apabila seringkali diburu bayangan hantu? Dilema inilah yang cuba diserlahkan pelakon jelita Erra Fazira dalam lakonan terbarunya yang begitu mendebarkan, Anak.

Menerusi Anak, Erra memegang peranan sebagai seorang gadis yang dirogol, mengandung dan kemudian menggugurkan kandungannya. Selepas itu hidupnya tidak lagi aman dan sentiasa dalam ketakutan dan trauma.

Anak juga adalah filem misteri terbarunya selepas Tujuh Perhentian. Sebuah lagi filem drama thriller yang akan menyusul tidak lama lagi adalah filem antarbangsa Hidden.

Ketika ditemui baru-baru ini, Erra akui Anak yang turut dibintangi Ida Nerina, adalah sebuah filem yang menarik dan menyeramkan. Ia diterbitkan Box Lite Film dan akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia mulai 21 Februari depan.

"Pada mulanya saya tidak begitu meminati filem seram, apatah lagi berlakon. Saya berasa takut ketika membaca skrip filem ini tetapi selepas saya meminta pandangan daripada rakan-rakan, mereka memberi pendapat yang positif.

"Saya berfikir panjang juga untuk menerima tawaran Box Lite. Akhirnya terlintas di hati saya, kenapa tidak saya mencuba lakonan seram. Tapi pelik juga, ketika pembikinan filem ini, saya sedikit pun tak berasa takut," kata Erra.

Memandangkan berat hati Erra untuk menerima lamaran produser filem ini, pihak terbabit terpaksa berulang-alik semata-mata untuk melembutkan hati Erra untuk melakonkan watak Nita dalam Anak.

Box Lite Film yang baru bertapak dalam industri perfileman terharu kerana mereka kerana mereka bukan saja berjaya mendapatkan Erra, malah menemukan Erra Fazira bersama Ida Nerina dalam filem itu.

Menurut Ida Nerina pula, dia terus meminati watak Kay selepas membaca skripnya.

"Walaupun saya pernah berlakon filem seram, tidak bermakna saya cuma lebih meminati filem jenis ini. Saya akan setiap skrip yang diberikan sebelum menerima apa-apa tawaran. Bagi saya jalan cerita dan garapan Anak ada kelainan dan saya begitu tertarik untuk berlakon," kata Ida.

Sebelum penggambaran bermula, kedua-dua pelakon utama ini menjalani sesi latihan untuk mengenal watak masing-masing selama sebulan di bawah bimbingan jurulatih lakon terkenal, Fatimah Abu Bakar.

Selain Erra dan Ida, Anak turut dibintangi oleh Rusdi Ramli, Aktor Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-20 serta pelakon dan model Indonesia, Philip Jusuff sebagai Dr. Amar.

Filem yang berbajet RM1.35 juta ini melalui proses penggambaran di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur. Proses post production dilakukan di Barney Studio, Shah Alam serta kesan teknik khas memudarkan warna di Singapura.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan Nita (Erra) mengalami trauma selepas berhadapan dengan kejadian buruk. Dia dirogol enam lelaki lalu mengandung. Akibat tertekan dia juga pernah cenderung untuk membunuh diri.

Nita yang tinggal bersama sepupunya Kay (Ida Nerina). Kay kemudiannya meminta Nita menggugurkan kandungan itu.

Tidak lama selepas itu, Nita selalu melihat seorang budak dalam lingkungan usia 5 tahun dengan keadaan menakutkan merayau-rayau di sekitar rumah. Hanya Nita yang dapat melihat budak itu.

Sementara itu, Kay pula sebenarnya pengamal ilmu hitam untuk kelihatan muda dan cantik. Apakah muslihat Kay sebenarnya dan kaitannya dengan konflik Nita selama ini?

posted by Unknown-Girl @ 12:05 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Community
About Me

Name: Unknown-Girl
Home:
About Me:
See my complete profile
Earn $$ with WidgetBucks!
Community
Previous Post
Archives
Links
  • Video Racing
  • Best Celebrities
  • ASIAN News
  • College Life
  • Best Funny
Community
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER