Tragis juga kisah ini… Siapa sangka nak tolong kawan punya pasal, akhirnya diri sendiri yang dapat bala. Inilah yang berlaku kepada bekas pemain dram kumpulan Fotograf yang dikenali sebagai Ringgo. Kalau anda nak tahu, Ringgo ini kerja adalah sebagai seorang pelukis dan komposer lagu. Tup, tup tau-tau kena tangkap pasal kes edar dadah. Kena tangkap dekat luar negara pula tau. Bukannya kat Malaysia. Kisahnya macam nih… Ringgo pergi ke Venezuela sebab ada misi perlancongan di Sepanyol. Apabila misi habis, Ringgo tak balik ikut yang lain sebaliknya dia ikut penggiat “Busking” kat sana. Waktu dia dan kawannya nak berlepas pulang ke Malaysia, dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas kerana membawa 4.6 kilogram dadah jenis Kokain. Ayooo.. kalau kat Malaysia dah kena hukum gantung sampai mati jika didapati bersalah. Dia kena tahan, tetapi kawan dia lepas. Ringgo bagitahu, yang kawan dia tu dah pedajalkannya.. Wallahualam. Jika sabit kesalahan, Ringgo boleh dipenjara sehingga 15 tahun. Lagi, orang Malaysia kena tahan pasal kes dadah kat luar negara. Nampaknya lepas kes Raja Munirah Raja Iskandar kena tahan kat Jepun, sendikit dadah antarabangsa ini tetap akan menggunakan sesiapa sahaja untuk memastikan mereka terlepas dari tali gantung. |