Blog Hiburan Online Gosip Artis Panas Malaysia & Luar

Life insurance is nothing but the protection against financial loss resulting from death. The chief objective of life insurance is to provide a means of financial security to the family of a person, after his death. There are three parties in a life insurance transaction, namely the insurer, the insured and the owner of the policy or the policyholder.It is easy to obtain life insurance quotes, with the help of the technology of online search engines.

 
FREE HOT LINKS!!!
Community
Community
Community
Traffic Visitors
Google
 
Siti Mahu Segera Timang Anak
Saturday, January 19, 2008
Tiada impian yang lebih besar dari hati Datuk Hajah Siti Nurhaliza selain ingin menimang cahaya mata dan membesarkan keluarga dengan sesegera mungkin pada tahun ini.

Penyanyi lagu Pastikan ini meluahkan hasrat itu pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-29 yang diraikan dengan meriah di Hotel Le Meridien, di sini. Turut hadir suaminya, Datuk Haji Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) selain ibu, ayah, saudara mara serta anak-anak mereka, Muhammad Anas Zawawi, 18, dan Muhammad Aazief, 10.

“Pada hari jadi ini, Siti berharap agar dapat menjadi insan yang lebih baik dari segi peribadi dan kerjaya. Siti juga berdoa semoga segera diberikan cahaya mata dan berbahagia dengan suami hingga ke akhir hayat. Siti ingin menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat,” kata Siti.Muncul dengan imej baru iaitu berselendang, Siti juga akui menerima segala pandangan mahupun komen yang dilontarkan kepadanya terutama mengenai penampilan diri.

“Terima kasih kerana orang selalu prihatin dengan apa yang Siti buat. Insya-Allah, Siti akan cuba tukar imej Siti secara perlahan-lahan. Biarlah Siti berselendang dulu, lama-kelamaan barulah Siti akan bertudung litup pula,” katanya.

Menariknya dari sudut kerjaya, Siti berhajat merakamkan Album Inggeris pertama demi melebarkan sayap dalam bidang seni.

“Idea merakamkan album Inggeris ini datang dari suami Siti sendiri. Katanya, untuk melangkah ke peringkat antarabangsa, Siti kenalah bersedia merakamkan album Inggeris. Siti harap cita-cita dan rancangan ini akan berhasil,” kata Siti yang tetap jelita walaupun agak berisi.

Siti dan Datuk K jelas begitu ceria kerana menerima tahniah dan ucap selamat yang bertali arus daripada ramai kenalan rapat serta rakan artis. Beberapa kerabat diraja serta VIP termasuk Datuk Mohamed Nazim Tun Razak dan isterinya, Datin Norjuma Habib Mohamed, pun hadir sama.

Antara selebriti yang kelihatan pada majlis itu ialah Dayang Nurfaizah, Fasha Sandha, Syafinaz, Datuk Shah Rezza, Aznil Nawawi, Sharifah Hasleenda (Lynn), Chef Wan, Sharifah Shahira, Ijoy, Sharifah Amani, Juliza Adzlizan, Betty Banafe, Sharifah Aleya, Fatimah Abu Bakar,Diddy, Fazli Zainal, Hattan, Yassin, Que Haidar, Habsah Hassan, Rubiah Suparman serta bintang popular dari Indonesia, Rossa.

Acara cocktail dinner itu diceriakan lagi dengan celoteh Aznil sebagai pengacara bersama iringan muzik oleh Syed Sobrie dan Azie (penyanyi latar). Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan Siti sendiri yang menyampaikan beberapa lagu solo serta berduet dengan Syed Sobrie, ibunya (Siti Salmah Bachik) dan juga Rossa.

posted by Unknown-Girl @ 7:38 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Community
About Me

Name: Unknown-Girl
Home:
About Me:
See my complete profile
Earn $$ with WidgetBucks!
Community
Previous Post
Archives
Links
  • Video Racing
  • Best Celebrities
  • ASIAN News
  • College Life
  • Best Funny
Community
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER