Akibat aksi over buka baju di Rocking Birthday Concert live pada 13 Januari lalu, Faizal Tahir kemungkinan besar tidak dapat menyanyi di Anugerah Juara Lagu 22. Kontroversi yang mencemarkan nama 8TV ini bukan hanya dikecam penonton tetapi telah mendapat perhatian serius Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Berat tak berat isu ini, sampai SKMM memandang berat tentang etika penyanyi ketika berada di pentas. Dek kerana itu, SKMM telah mengeluarkan kenyataan rasmi MELARANG 8TVYANG MAHU MENAMPILKAN FAIZAL TAHIR adalah TIDAK DIBENARKAN dalam tempoh yang ditetapkan. membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan untuk tempoh tiga bulan bermula 15 Januari lalu. Sebarang permohonan siaran langsung dan tertunda oleh stesen televisyen lain Melalui statement ini, bolehlah kita tafsirkan bahawa Faizal pastinya tidak berpeluang untuk beraksi di AJL22 terbitan TV3 yang akan berlangsung pada 27 Januari ini. Ini membuatkan orang kuat Media Prima dan 8TV sendiri stress dan tertekan sebab tak pernah berlaku isu buruk macam ni dalam sejarah syarikat penyiaran tersebut. Bermakna setakat ini hanya One In A Million, Project Superstar dan American Idol yang terpaksa dibuat siaran tertunda yang terpaksa dirakam dahulu sebelum disiarkan. |