|
Erra Fazira dan Engku Emran berlepas ke Eropah untuk HoneyMoon!!!!!!! |
Tuesday, January 22, 2008 |
ADUHAI, bila Erra Fazira beritahu bulan madunya dengan suami tersayang hanya dapat ‘dilangsaikan’ setelah masuk tahun 2008.
Impian untuk berbulan madu hanya menjadi kenyataan apabila Ahad lepas (20 Januari), pasangan suami isteri ini berlepas ke Eropah. Mereka memilih Paris dan Niece dan djangka berada di sana selama 10 hari.
Hai, macam mana ni? Dah berbulan-bulan kahwin, baru nak pergi bulan madu? Kenapa? Terlepas bas ke Erra-Emran?
“Nak buat macam mana, lepas kahwin Emran terus kerja dan kesibukannya menyebabkan rancangan berbulan madu kami terpaksa ditangguhkan dan dibawa ke tahun ini. Dan, secara kebetulan, ini waktu yang sesuai dan baru boleh ambil cuti,” kata Erra yang membawa bersama pakaian-pakaian tebal kerana suhu di sana dikatakan terlalu sejuk ketika ini.
Jadi, nampaknya Erra sah-sah tidak akan hadir di mana-mana promosi filem Cuci, filem yang diarah dan diterbitkan pertama kali oleh Hans Isaac. Erra yang turut berlakon peranan utama sebagai kekasih Hans dalam filem itu telah baru-baru ini mengejutkan ramai apabila hadir di pranonton filem tersebut. Tapi tak sepatah kata pun terucap di antara pasangan ini yang pernah intim sebelum Erra mengahwini Ketua Pegawai Operasi Radio Suria FM.
Sejak berkahwin, Erra lebih mendedikasikan dirinya untuk rumahtangga. Bahkan setiap Jumaat, beliau mengikuti tazkirah kelas agama di sebuah surau di Damansara. Alam rumahtangga kali ini, telah mengah seluruh perpesktifnya tentang hidup.
“Kalau boleh kami mahukan anak kerana tahun ini umur Erra 34, kalau boleh tidaklah sampai umur 35, tidak beranak. Kerana kata orang, banyak risiko hamil masa usia 35,” kata Erra.
“Sebab itu Erra tidak amalkan sebarang perancangan untuk dapat anak kerana kami kalau boleh biarlah kami dapat anak tahun ini. Sebab itu Erra dah tak buat aktiviti lasak seperti sukan yang Erra paling suka, diving,” tambahnya.
Sekalipun keinginan untuk hamil menjadi keutamaannya tahun ini, penyanyi dan pelakon jelita ini tidak pula mengamalkan pemakanan pil hormone.
“Erra diberitahu doktor untuk tidak mengambil hormone sebegitu, sebaliknya doktor nasihat supaya biarlah proses hamil itu berlaku secara normal,” jelas Erra.
Jadi, itulah sebabnya Erra pilih berbulan madu di Eropah pada musim sejuk. Suhu dikatakan berada di tahap – 0.2 darjah.
“Tak tahulah macam mana kami nak berjalan-jalan di sana kerana kami dinasihatkan pakai tiga lapis pakaian setiap hari. Nampaknya duduk dalam bilik hotel sajalah!” |
posted by Unknown-Girl @ 12:16 AM |
|
|
|
|