Satu penduduk Malaysia sudah tahu yang Faizal Tahir telah pun dilarang untuk membuat sebarang persembahan sama ada di dalam konsert atau pun program hiburan yang berlangsung secara live menerusi kaca TV selama 3 bulan. Ini bermakna Faizal tidak ada chancelah untuk beraksi dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu 22 (AJL22) yang akan berlangsung pada Ahad ini, 27 Januari di Stadium Putra, Bukit Jalil, jam 8.30 malam. Lebih-lebih lagi apabila Faizal akan mempertandingkan dua buah lagu nanti iaitu Kasih Tercipta ciptaan Ajai bersama lirik Shuhaimi Baba serta Mahakarya Cinta (Audi Mok & Shah Shamshiri). Pihak Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komuniksi dan Multimedia Malaysia yang tidak berpuas hati dengan perbuatan sengajanya itu dan tidak dipantau dengan pantas oleh stesen TV terbabit. Mahu tak mahu kena akurlah dan selaku penganjur, pihak TV3 nampaknya terpaksalah bekerjasama dengan komposer kedua-dua lagu terbabit untuk mencari pengganti Faizal.
Daripada sumber stesen televisyen swasta ini, khabarnya mereka sudah pun mempunyai senarai calon-calon yang disifatkan layak untuk menggantikan tempat Faizal bagi 27 Janurai kelak.
Walaupun nama-nama mereka itu dirahsiakan,Fiq dan Yazer adalah antara calon yang sedang diteropong pihak terbabit. Kalau begitu, memang sesuai sangatlah sebab, kedua-duanya adalah penyanyi rock solo kita yang sedang mencipta nama sebagaimana Faizal. Tapi siapakah di antara mereka berdua yang akan terpilih? Mungkin juga komposer berkenaan sudah ada calon lain. Haa, kalau susah-susah sangat, ambil saja kedua-dua mereka. Seorang bolehlah nyanyikan lagu Kasih Tercipta, seorang lagi Mahakarya Cinta. |